PERKHIDMATAN
Pakej Perkahwinan
Terdapat pelbagai jenis pilihan bagi anda yang sedang tercari-cari pakej katering perkahwinan mahupun pakej lengkap perkahwinan. Di Seri Keningau pihak kami menawarkan pakej perkahwinan bagi majlis yang diadakan di dalam dewan ataupun di kanopi dan khemah biasa.
Pakej-pakej yang disediakan oleh Seri Keningau Wedding adalah seperti berikut :
Pakej Yang Ditawarkan
Seri Keningau Sdn Bhd turut menawarkan perkhidmatan perunding perkahwinan ( Wedding Planner ), disamping pakej-pakej katering yang disediakan khusus bagi menyempurnakan majlis perkahwinan. Seri Keningau Wedding menyediakan 3 pilihan pakej perkahwinan dari hanya Pakej Asas yang menyediakan menu, kelengkapan dan keperluan asas majlis sahaja, hinggalah Pakej Keseluruhan merangkumi semua keperluan majlis, termasuklah penyewaan lokasi majlis, penyediaan khemah, kelengakapan majlis, menu makanan, makanan beradap, pelamin, busana, makeup, persembahan majlis, dekorasi dan hiasan serta segala keperluan-keperluan majlis yang lain, sesuai mengikut kos perbelanjaan dan permintaan mempelai.