NASI BERIYANI

Nasi beriyani, kambing masak mix kari beriyani, ayam berempah ala kedai mamak dengan acar timun…mashaallah makan time perut betul2 kosong ni boleh nangis tau..kali ni utk nasi dan kuah saya letak yogurt tak rasa muak alhamdulillah .tak sedar ntah berapa pinggan huhuhu

Raya Haji ni boleh la jamu tetamu dengan set nasi beriyani ni.. insyaallah sedap .

Resepi Nasi Beriyani Full Set

5 cawan beras basmathi
6 1/2 cawam air
3 stok ayam (maggi/knorr)
1 batang kulit kayu manis
3 biji bunga lawang
2 biji bawang besar*
4 ulas bawang putih*
1 1/2 inci halia*
2 helai daun pandan
3 batang serai
1 ikat batang ketumbar
daun pudina
250 gm yogurt homemade/ nak beli yang siap pun boleh
3 sudu besar rempah beriyani (jadikan pes -tambah sikit air)
1/2 cawan minyak masak
2 sudu ghee
sedikit saffron/pewarna kuning
4 biji gula batu
garam

Caranya

1. Cuci bersih beras dan rendam lebih kurang 15 minit jgn lebih tau nanti patah pulak nasi korang. kemudian toskan
2. Bahan Bertanda * dikisar halus
3. Panaskan minyak dan ghee tumis kulit kayu manis dan bunga lawang kemudian masukkan bahan kisar, daun pandan dan serai. tumis sampai wangi.. kemudian masukkan pes beriyani.
4. masukkan yogurt kacau sebati dan masukkan air stok ayam, ketumbar, daun pudina dan saffron dan masukkan beras basmathi dan garam .. boleh la rasa samada ramuan tu cukup rasa atau tidak..
5. saya guna rice cooker so tunggu sampai masak (tutup tudung periuk) sebelum masak tu boleh la kacau perlahan2 biar sekata
6. Dah masak buat lubang2 masukkan sedikit pewarna kuning
7. Biarkan sebentar dlm 5 minit baru kaup perlahan2.. siap boleh la tambah buah gajus dan hiasan lain
_________________________________________________

Resepi Kuah Kari beriyani Daging

1 kilo daging kambing /lembu potong kecik
2 sudu besar rempah beriyani
2 sudu besar rempah kari ayam
2 sudu besar cili kisar*
3 biji bawang besar kisar*
4 ulas bawang putih kisar*
sedikit halia kisar*
bahan penumis,(kayu manis, bunga lawang)
4 sudu besar yogurt pengganti santan
2 helai daun pandan simpul
3 sudu tomato puree
sedikit daun ketumbar (ikat)
2 biji kentang potong kecik
2 biji lada hijau ptong serong
minyak utk tumis
air
sedikit gula melaka

caranya
1. Panaskan minyak tumis bahan penumis dan bahan kisar dan daun pandan..tumis biar wangi dan pecah minyak
2. Masukkan pes beriyani dan pes kari ayam dan sedikit gula melaka.. tumis sehingga keluar minyak sambil dikacau2..api jgn kuat nanti hangus pulak..masukkan tomato puree dan yogurt. kalau tak nak guna yogurt boleh ganti dgn santan
3. Masukkan pula daging lembu/kambing dan daun ketumbar serta air
4. Tutup tudung periuk atau boleh guna pressure cooker.. kemudian masukkan kentang .. dah empuk semuanya tutup api… siap. kalau nak tambah telur rebus pun sedap

_________________________________________________

Resepi Ayam Goreng Berempah ala Mamak

Bahan2 ayam goreng mamak:
1 ekor ayam – dipotong 8 & dicuci bersih
3 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar tepung beras
1 sudu besar pes halia
1 sudu besar pes bawang putih
1 sudu besar rempah kari daging
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu besar kunyit serbuk
1 sudu kecil lada sulah
1 biji limau nipis
1 sudu kecil gula
Garam secukup rasa
Minyak yg banyak utk menggoreng

Cara2:
– Gaulkan tepung jagung, tepung beras bersama bawang putih dan halia…Gaul rata…
– Masukkan serbuk kari,serbuk cili, serbuk kunyit,lada sulah, garam, gula dan perahan air limau nipis… Kacau rata…
– Masukkan ayam dan sedikit air…Perap selama 20- 30minit…
– Gorengkan ayam secara deep fry ye…mula2 masukkan ayam pastikan minyak betul2 dah panas.. lepas ayam dah masuk perlahankan api dan gorengkan hingga garing.. angkat & toskan…siap untuk dihidangkan.. saya suka goreng size besar..lepas goreng saya kerat2kan.. ala2 macam kat kedai mamak..?❤??
________________________________________________

Resepi Acar timun

2 biji timun dipotong panjang nipis
1 biji lobak dipotong panjang nipis
5 biji bawang merah mayang halus
lada merah potong nipis
sedikit cuka
gula dan garam

caranya
1. Nak bagi rangup boleh rendam timun, lobak, bawang merah yg siap dipotong dlm air kapur (2 sudu air kapur + air cukup2 aras bahan2 tu) .. dlm 10 minit kemudian basuh bersih
2. Dalam bekas masukkan bahan2 tadi dan masukkan sedikit cuka, garam dan gula..tak perlu taruk air nanti air timun tu keluar sendiri.. siap..