TIPS JIMAT PERBELANJAAN KAHWIN!!!

Haaaa bila bukak je topik kahwin ni kan, mesti ramai yang dah garu garu kepala sebab nak kena fikir kos perbelanjaan yang ofcourse lahh akan cecah harga puluh puluh ribu. Tapiii, kalau pandai rancang nanti for sure punya boleh jimat banyak punya lah. So, harini sis akan share dengan korang semua 5 tips mudah yang korang boleh praktikkan untuk jimat korang punya majlis kahwin tu so nanti ada lah save sikit untuk kehidupan lepas kahwin kann.

1) Set kan kos belanja kahwin selepas dipersetujui kedua dua pihak.

Jika kedua dua belah pihak boleh berbincang secara baik dan dapat berkongsi kos perkahwinan, inshaAllah lebih mudah.

2) Sekalikan majlis kedua dua pihak.

Perkara seperti ini boleh dibawa berbincang dengan keluarga.

Selain daripada majlis lebih meriah, kos perbelanjaan pun dapat dikurangkan sekali kan? Haa setuju?

3) Booking pakej awal dan semasa ada promosi.

Andai kata nak buat majlis pada DEC 2019, tahun ni DEC 2018 dah kena mula survey dan booking mana mana pakej yang berkenan. Supaya nanti mana lah tahu kan, ekonomi semakin jatuh dan harga barang semakin naik.

Jadi yang mana yang dah booking awal tu dapat lah harga murah sikit kan?

4) Tetapkan bajet setiap barang yang anda nak tempah/beli.

Okay kalau dah set bajet macamni, kena fix jugak dengan barang yang harga dia range macamtu supaya kita tak ter overspend.

5) Buat Majlis Nikah & Resepsi pada hari yang sama

Nikah pagi, majlis tengah hari. Haa dengar je pun dah tahu kan boleh save banyak cost kann?

.

.

.

Okay lah itu je tips yang sis nak kongsikan untuk hari ni. Kita tak perlu ikut sangat dengan orang lain, buat ikut kemampuan kita pun dah cukup bagus tauuu. Kalau ada rezeki lebih boleh buat lebih kann hehe.

Semoga bermanfaat untuk semua yaaa.

.
Love,
Sis Intan ?