TIPS ELAK BUAH LEBAM SELEPAS LAMA DIPOTONG

Siapa dekat sini ada lalui masalah buah jadi lebam lepas dipotong? Haa, kan biasanya kalau ada buat makan makan ke, katering ke, ataupun potong buah buah untuk dibuat jadi bekal pun kalau dibiarkan lama sikit je pun dia akan bertukar jadi lebam sikit. Selain daripada tak sedap mata memandang, rasa dia pun nanti akan berubah. Okay so harini sis nak share macam mana nak atasi masalah tu haa jom baca tips ni.

1)   AIR GARAM

Okay tips yang pertama ni tersangat lah senang tauu. Mula mula sediakan air biasa dan kemudian tambahkan garam sikit lepastu rendam hirisan buah tu dalam air tu. Jangan lama lama tau, rendam dalam 5 minit je macamtu haa.

 

2)   MADU

Sesetengah orang tak suka dengan rasa masin masin dekat buah tu kan bila kita rendam dengan air garam. Haa, selain daripada garam, kita jugak boleh gantikan garam tu dengan madu. Caranya tu sama je dengan cara yang guna garam tu tadi hehe.

3)   JUS LEMON

Okay kalau still jugak tak suka dengan rasa masin atau manis macam guna garam atau madu tu, korang pun boleh jugak cuba rendam hirisan buah tu dengan air campuran jus lemon. Sebab ye lahh, citarasa setiap orang kan lain lain haa tapi kesannya tetap sama tau, jadi jangan risau okay?

4)   PISAU TAJAM & LIMAU NIPIS

Ha tips yang terakhir yang sis boleh kongsi adalah sebelum kita potong buah tu kan, kita ambik hirisan limau nipis, lepastu boleh sapu dekat mata pisau tu. Tips ni selain untuk buah, kita pun boleh guna jugak tau untuk sebelum potong bawang supaya nanti kita tak “menangis” waktu nak potong tu.

Semoga dengan tips tips yang sis kongsikan harini dapat membantu korang dalam nak jalani urusan kehidupan hehe, selamat memotong okay you alls .

Love,
Sis Intan ??