PETUA ORANG TUA TUA UNTUK KELUARGA HARMONI DAN BAHAGIA

Kalau kita tengok waktu zaman atuk nenek kita dulu, jarang dengar pasal kes perceraian. Majoriti semua kita tengok hidup bahagia dengan pasangan yang sama sampai akhir hayat dorang kan? Haa jadi harini sis nak share tips turun temurun dari mereka supaya kita semua pun dapat hidup bahagia jugak.

1) Tidur sekatil.

Tak kisah lah bergaduh ke merajuk ke atau apa apa pun, jangan sesekali tidur berasingan. Secara logiknya pun, selalu bila sebelum tidur tu mesti lah kita akan tengok muka pasangan kita kan? Pegang tangan mereka atau apa apa pun sebelum tidur, secara tak langsung boleh timbulkan rasa bahagia dalam diri kita. Kalau tak percaya ha boleh cuba try test.

2) Gaduh jangan lebih 3 hari.

Kita selalu dengar orang kata “sedangkan lidah lagi tergigit, ini kan pulak suami isteri”. Kalau ada terjadi perselisihan faham, cuba lah untuk selesaikan secepat yang mungkin sebab bila benda macam tu berpanjangan, banyak benda negatif yang akan muncul lagi tauuu.

3) Salam dan peluk pasangan sebelum berpisah.

Biasakan diri korang tu setiap kali nak berpisah macam nak pergi kerja ke atau mana mana pun, salam dulu pasangan korang. Terutamanya sang isteri tu ha, kalau nak keluar rumah kena lah ada izin suami kan? Benda macamni nampak je remeh tapi percaya lah benda sekecil ni boleh mengeratkan lagi hubungan suami isteri hehe.

4) Temankan suami makan.

Ha ni lagi satu benda simple yang orang selalu terlepas pandang, yang boleh bagi kesan terhadap pasangan. Tak kisah lah kita dah makan dulu sebelum tu atau macam mana, tapi bila suami kita tengah makan tu kita duduk jugak semeja, tolong sendukkan atau berborak kosong. Benda macamni boleh tinggalkan kesan yang positif tauuu ha dia macam nampak lah yang isteri tu prihatin dengan suaminya ha gituu.

5) Lakukan amal ibadat sama sama.

Suami perlu luangkan masa untuk mengimamkan solat fardhu bersama keluarga di rumah. Bila sering diamalkan, inshAllah akan diberkati dan secara tak langsung kehidupan pun boleh menjadi lebih bahagia dan harmoni.

.

.

Renung-renungkan dan selamat beramal. Semoga bermanfaat untuk kita semua.

Love,
Sis Intan 💌💖