Tips Perkahwinan: 5 Tips Menjaga Hubungan Perkahwinan Jarak Jauh (PJJ)

Perkahwinan Jarak Jauh ini adalah sebuah institusi keluarga yang atas sebab yang tidak dapat dielakkan, terpaksa berjauhan antara suami dan isteri atau suami/isteri dan anak-anak (keluarga). Antara sebabnya adalah kerja atau belajar, di dalam mahupun luar negara.

.

1) Rajinlah Berhubung.

Sering seringlah tanyakan khabar pasangan anda. Tanyakan makan minum pasangan anda. Lakukan seolah anda berada di depan mata mereka. Selain call dan mesej, boleh juga kadang kadang tu video call kan hehe. Ini supaya nanti mereka tidak rasa tersisih.

 

2) Kejutan untuk yang tersayang

Tempah tiket, dan kejutkan pasangan dengan kehadiran anda. Seperti muncul di pejabatnya tiba-tiba. Atau mungkin anda boleh pulang ke rumah terlebih dahulu, lakukan persiapan romantik di rumah seperti penuhkan wangian, pasangkan lilin, mainkan muzik romantik dan anda juga boleh kejutkan pasangan dengan memasak untuk mereka. Sudah tentunya mereka akan rasa sangat terharu dan gembira. Boleh juga untuk cuba mengirimkan apa apa barang ke mereka sebagai kejutan since everyone loves surprise!

.

3) Raikan hari istimewa dengan pasangan.

Meskipun anda sibuk dengan urusan kerja/belajar. Luangkan masa bersama di hari istimewa anda dan pasangan. Cuba untuk pulang dan raikan bersama. Cuba ketepikan tugas, luangkan sehari untuk pasangan. Ataupun anda juga boleh duduk bersama sambil Skype atau Video Call, makan bersama, lakukan aktiviti yang sama.

.

4) Jujur terhadap pasangan

Tanpa mengira di mana anda berada, tips paling penting dalam mengukuhkan institusi keluarga adalah bersikap jujur. Jujur dengan setiap apa yang dilakukan. Kerana setelah anda berdua mengikat tali perkahwinan, sebenarnya tiada rahsia yang tersembunyi diantaranya. Berlaku jujur dan terus terang dengan setiap apa yang berlaku.

.

5) Percaya pada pasangan.

.Percaya pada mereka, jangan memilih untuk mencabar ego dengan menyoal kembali kebenaran yang telah diberikan. Kuatkan hati, percaya kepada ikatan yang kalian bina. Meskipun berhadapan dengan komitmen yang memerlukan anda berjauhan dengan pasangan, jangan pernah ada rasa sangsi.

.

Biar jauh di mata, asalkan di hati sentiasa ada yang sayang.

.

Love,
Sis Intan 💌💖