perkahwinan

TIPS YAKINKAN KELUARGA UNTUK KAHWIN MUDA

Seronok sis tengok ramai remaja-remaja di luar sana lebih cenderung untuk memilih hubungan yang halal berbanding sebelumnya. Untuk post kali ini, sis nak berikan beberapa tips untuk anda remaja di luar sana yang gusar dan tidak tahu cara untuk minta kebenaran berkahwin muda.

Tunjukkan sikap matang anda.

Sikap matang yang sis maksudkan ini adalah matang dalam tingkah laku, membuat keputusan serta berbicara. Bukan apa, ibu bapa ini bimbang jikalau anak mereka membuat keputusan ikut rasa. Bak kata pepatah ikut rasa binasa.

Dahulukan lah pelajaran.

Tips yang kedua adalah pada mereka yang masih menuntut atau belajar. Janjikan pada orang tua anda bahawa anda akan jadikan pembelajaran anda sebagai keutamaan. Hanya selepas anda tamat belajar barulah rumahtangga itu menjadi keutamaan.

Bincanglah dari hati ke hati.

 Kenalkan calon bakal suami/isteri tersebut pada ibu bapa anda. Nyatakan kenapa anda ingin tamatkan zaman bujang anda di usia yang muda, di mana sumber wang yang bakal menanggung rumahtangga anda kelak, dan yakinkan bahawa anda sudah bersedia. Jangan berkasar dan jangan bicara dengan nada mendesak. Bincang dengan lemah lembut dan sopan.

Love,
Sis Intan  💌💖