JENIS JENIS CINCIN KAHWIN

Jika ingin melangkah ke alam perkahwinan, anda haruslah tahu apa yang diperlukan mengikut adat. Ini merupakan perkara penting agar anda tidak akan dicemuh oleh orang sekeliling disebabkan melanggar adat! Jom kita lihat 3 jenis cincin untuk kahwin

Cincin Merisik

Ia haruslah cincin belah rotan yang kosong. Jika anda ingin merisik dengan memberi cincin silver pun boleh. Cincin merisik ini adalah sebagai tanda untuk meneruskan ikatan selanjutnya.

Cincin Tunang

Kebiasaannya cincin tunang yang menjadi pilihan adalah cincin emas berbatu. Ia terpulang kepada anda sama ada untuk memilih emas putih atau emas kuning dan ia mengikut kemampuan dan juga citarasa anda untuk menentukannya.

Cincin Nikah

Sudah pasti cincin nikah haruslah lebih menarik daripada cincin merisik dan juga cincin tunang di mana ia haruslah memiliki batu yang besar. Sama juga seperti cincin tunang, anda boleh memilih sama ada mahupun cincin emas atau sebaliknya.Rekaan cincin nikah haruslah simple kerana ia hanya akan fokus pada batunya.

Okay itu saja tips yang sis nak kongsikan harini tentang jenis jenis cincin perkahwinan yang korang semua perlu tahu hehe, jadi takdelah lepas ni nanti kalut taktau nak beli cincin yang mana. Okay have a good day ahead semua yaa!

Love,
Sis Intan 💌💖