Tips Pilih Baju Pengantin

Memilih baju pengantin yang terbaik boleh menyebabkan para pengantin wanita khususnya, pening sehingga tidak kenyang makannya dan tidak lena tidurnya . Dari satu butik pengantin ke butik pengantin seterusnya, hadir ke ekspo sana-sini sehingga laman web dan majalah, semuanya diteliti. So harini sis nak share tips yang korang boleh try implement waktu nak cari baju pengantin tu nanti okayyyy.

1 – Tona Warna Yang Sesuai

Utamakan warna baju yang sesuai dengan tona warna kulit anda dahulu, dan rekabentuk kemudian. Pastikan warna baju tidak membuatkan anda kelihatan pucat atau suram. Pemilihan warna yang sesuai menjadikan anda tampil ceria dan berseri pada hari bahagia anda.

2 – Ikut Bajet

Tetapkan had harga baju pengantin yang sesuai dengan bajet keseluruhan majlis perkahwinan anda. Sebaiknya jangan menghabiskan terlalu banyak duit semata-mata untuk baju yang hanya dipakai pada hari majlis perkahwinan itu sahaja.

3 – Jadi Diri Sendiri

Pilihlah baju dengan rekabentuk yang menyerlahkan keperibadian anda. Pastinya ada ahli keluarga dan rakan anda yang akan mencadangkan rekabentuk baju yang cantik di mata pandangan mereka, tetapi rekaan tersebut mungkin membuatkan anda merasa janggal, kekok atau sedikit malu. Pilihlah mengikut naluri peribadi anda.
4 – Mengikut Tema Majlis

Tema sesuatu majlis bukan sahaja menentukan warna, malahan juga jenis rekaan baju pengantin tersebut. Contohnya, majlis bertemakan tradisional Melayu, baju pengantin songket adalah lebih sesuai digayakan.

5 – Ukur Baju di Badan Sendiri 

Bak kata orang barat, “literally“. Pastikan ukuran dan rekaan bentuk baju pengantin yang dipilih sesuai dengan badan anda. Seringkali kita nampak sesuatu rekaan baju itu cantik dan anggun digayakan oleh model atau patung pameran, tetapi belum pasti ianya sesuai dengan badan anda.

Love,
Sis Intan 💌💖