5 Dugaan Hebat Sewaktu Bertunang

Orang bertunang, lain sedikit dugaannya. Tapi apa yang penting, hubungan kena padu dan hati perlu kental. Jangan cepat melatah. Harini sis nak share sikit tentang dugaan dugaan yang biasa terjadi dekat pasangan pasangan yang dalam ikatan pertunangan haa jom baca.

#1 Duit

Time time macam ni yalls akan mula terasa beban untuk hal duit. Tentang hantaran, kenduri, resepsi, persiapan selepas kahwin macam barang barang rumah dan sebagainya. Kalau masing masing ada tabiat menyimpan yang berbeza, perkara macamni mungkin akan membawa perbalahan dan jika dibiarkan akan merosakkan hubungan. Nasihat sis, berusahalah bersama sama. Capai kata sepakat dalam setiap hal, faham tugas dan tanggungjawab masing masing ya?

#2 Keluarga

Ada pasangan yang mungkin akan menghadapi masalah macamni dengan keluarga pasangannya. Seperti contoh, dengan ipar duai, saudara saudara yang lain yang tidak ngam dengan kita. Perkara sebegini perlulah disuarakan kepada pasangan anda jika ada menggores hati dan perasaan. Bincang secara baik dan pergilah melakukan perkara perkara yang boleh membuatkan anda terlupa dengan hal hal tersebut.

.

#3 Yang lama

Waktu kita tengah bahagia bahagia ni lah kan nanti tiba tiba akan muncul pula ‘si dia’ yang lama tu. Ha kalau yang  ni sis taktau lah nak bagi tips macam mana lagi. Takkan la nak kahwin dah pun tak move on move on lagi?

.

#4 Yang baru

Benda macamni biasa terjadi. Apabila kita dah ada pasangan sendiri, nanti akan ada masa tiba tiba kata rasa ada orang lain yang lebih better daripada pasangan kita sendiri. Rasa tak cukup dengan apa yang kita ada. Bila jadi benda macamni, kita fikir pulak, tak ke pasangan kita tu pun deserve seseorang yang lebih baik daripada diri kita ni sebenarnya? Renung-renungkan lah ye. Tetapkan hati.

.

#5 Baik buruk

Dalam tempoh masa bertunang ni lah kita akan lebih mengenali pasangan kita. Kalau sebelum ni kita asyik fikir tentang malam ni nak makan kat mana, nak tengok movie apa dan sebagainya, apabila nak masuk alam rumah tangga ni semakin serious dan besar benda benda yang kita perlu fikirkan macam nak beli rumah jenis apa, bajet bulanan dan sebagainya. Masing masing perlu lah fikir baik buruk setiap hal dengan teliti. Jangan takut dengan komitmen okay?

.

.

Hang in there pasangan pasangan yang sudah bertunang! Stay strong dan selamat menempuh alam rumah tangga selepas iniii.


Love,
Sis Intan  ????????