5 Tips Membeli Hadiah Untuk Wanita

Tarikh penting semakin hampir tapi yall still taktahu nak bagi apa dekat ibu/pasangan? Ha jangan risau, harini sis akan share tips untuk macam mana nak pilih hadiah apa untuk dibagi. Okay jom bacaaa.

.

.

#1: Barangan yang pasangan anda suka dan beliau gunakan. Orang perempuan selalunya ada produk yang beliau memang betul betul suka dan beliau gunakan. Produk yang jatuh dalam kategori ini, selalunya termasuklah produk kecantikkan dan perfume.

.

#2: Barangan yang pasangan anda suka dan kumpul. Ada sesetengah barang, wanita suka mengumpul barang. Macam anda mungkin kumpul baju tee superhero atau topi atau mungkin juga cd game, wanita kadang kala kumpul tudung daripada sesuatu brand (hint: Duckscarves, Naelofar, Ariani etc). Ada juga yang mungkin kumpul lipstick (hint: MAC, NARS, NYX etc). Atau yang ‘fitness freak’, mungkin suka mengumpul kasut sukan pelbagai warna.

.

#3: Barangan yang pasangan anda suka tapi tidak pernah beli. Pasangan anda mungkin suka sesuatu tapi anda sendiri hairan kenapa pasangan anda tidak pernah beli. Ada beberapa sebab untuk hal ini. Selalunya barang ini, barang yang sedikit mahal. Mungkin pasangan anda fikir, dengan harga sebegitu, lebih baik beliau beli barangan lain untuk keluarga atau diguna dengan cara lain yang boleh dimanfaatkan semua.

.

#4: Barangan yang pasangan anda suka dan beliau sudah bagi ‘hint’ banyak kali kepada anda. Ini sudah masuk kategori yang memang beliau mahu anda belikan barang itu sebagai hadiah untuknya. Kalau barang itu ada di kedai, anda boleh lihat yang beliau asyik pegang atau tengok lama-lama. Mungkin juga beliau ada screenshot ataupun berulang kali di ‘tweet’ ataupun ‘retweet’.

.

#5: Barangan yang anda tidak pasti jika pasangan anda suka atau tidak, tapi anda tahu yang barangan tersebut sesuai dengannya atau pasangan anda memerlukannya. Contohnya pilihan warna barangan yang lain sedikit daripada kebiasaan pasangan anda. Kalau selalu pasangan anda pakai warna pastel dan lembut, Kali ini anda belikannya warna merah pula. Mungkin beliau ingat beliau tidak sesuai dengan warna tersebut, tapi anda tahu yang pasangan anda akan lebih menyerlah dengan warna sebegitu.

Love,

Sis Intan 💌💖