5 Cara Untuk Kurangkan Berat Badan Menjelang Perkahwinan Anda.

.

.

Anda mungkin mahu kelihatan sedikit langsing berbanding selalu di majlis anda. Masih sempat lagi untuk anda berbuat sesuatu. Kami kongsikan cara-caranya.

.

#1 Minum

Minum air mineral/tanpa perisa dengan banyak. Banyak di sini sekurang-kurangnya 1.5L sehari. Ramai yang gigih berdiet dan bersukan namun sering tidak mengamalkan minum air mineral dengan banyak. Minum air mineral dengan cukup juga baik untuk kulit anda. Jika anda tidak percaya, cubalah untuk seminggu dua. Anda akan dapat lihat hasilnya.

.

#2 Jaga makan

Ini agak klise. Namun, memanglah ada kebenarannya. Jika anda mahu kurangkan berat memanglah anda tidak boleh makan semua makanan yang anda mahu. Tetapi, ini tidak bermakna anda tidak boleh makan langsung. ‘Portion’ makanan amat penting.

.

#3 Tidur cukup

Percaya atau tidak, tidur yang cukup memainkan peranan penting juga. Tidur yang dianggap normal dan berksesan adalah 7 hingga 8.9 jam. Jadi, jika selama ini anda asyik berkata genetik adalah penyumbang kepada berat badan atau bentuk tubuh anda yang kurang anda gemari, cuba tidur dengan cukup. Bukan secara berlebihan atau kurang, hanya pada kadar normal.

.

#4 Cheat Day

Jikalau anda sudah bersungguh mengawal pemakanan anda selama dua minggu atau lebih, tak salah sekiranya anda mahu memberikan sedikit ruang kelegaan kepada diri anda. Kalau anda asyik tahan sahaja, tidak bagus juga. Ini kerana, pada momen anda dapat peluang untuk makan makanan yang anda gemari setelah sekian lama memendam rasa, anda mungkin akan mengambil makanan tersebut dalam kuantiti yang lebih banyak daripada biasa sekaligus, merosakkan perjalanan diet anda.

.

#5 Berpeluh

Jika anda mahukan kaki yang langsing, banyakkan berjogging. Jika anda mahukan pinggul yang anjal, anda boleh ‘squat’ dan jika anda mahu kelihatan sasa, anda boleh melakukan banyak senaman dada dan bahu.

.

 Love,

Sis Intan ????????