Berikut adalah petua dan cara hilangkan karat dan kerak hitam yang melekat pada belakang kuali dan periuk belanga dengan mudah dan berkesan dengan hanya menggunakan beberapa bahan yang mudah didapati dari dapur di rumah sendiri.

.

.

  1. Asam limau

Sediakan air rendaman, yang ada perahan limau, dan buahnya sekali, jangan lupa campurkan dengan sabun pencuci sekali, untuk lebih berkesan.

Lepas tu, rendam seketika periuk belanga yang berkerak tu, kemudian, bolah la perlahan-lahan sental, dengan pencuci dawai halus tu, sentalkan juga dengan limau tadi.

.

  1. Kentang

Apa yang anda boleh buat, potong separuh kentang tersebut, lepas tu, taburkan ‘baking soda’ (kalau tak ada, guna sabun cuci atau pun garam juga boleh).

Sental perlahan-lahan, sampai hilang karat kuali atau kerak periuk tersebut.

.

  1. Cuka

Cara ini mungkin perlukan masa sedikit lama, lebih-lebih lagi jika karat atau kerak kuali yang tebal.

Anda campurkan cuka, jus lemon, dan ‘baking soda’ dalam air, kemudian rendamkan dalam semalaman kuali atau periuk.

Kemudian, boleh mula gosok kawasan yang terkena perlahan-lahan, kerana kesan lekatan kerak dah tidak kuat.

.

  1. Asam keping atau asam gelugur

Ambil dalam segenggam asam keping atau asam gelugur tersebut, campurkan air sedikit, dan biar ia mendidih di dalam kuali atau periuk yang ada kesan karat.

Selepas itu, bila sudah sejuk, anda boleh mula menyental menggunakan asam keping tadi.

.

  1. Soda bikarbonat

Cara ini memerlukan anda untuk memanaskan air gunakan kuali atau periuk, kemudian masukkan soda bikarbonat tersebut.

Biarkan seketika untuk menyejuk, selepas itu anda boleh mula mencuci.

.

  1. Aluminium foil

Anda boleh letakkan sedikit sabun pencuci pada bahagian yang terjejas, selepas itu, boleh mula menggosok dengan menggunakan ‘aluminium foil’ tersebut.

Gosok secara ke depan dan ke belakang secara berterusan

Anda pasti tak percaya karat dan kerak hitam dihilangkan dengan mudah dan berkesan.

.

Kebanyakan bahan-bahan untuk mencuci dan menanggalkan karat periuk, kerak kuali sama ada di belakang kuali atau permukaan semuanya ada di rumah kita. Kita hanya perlukan bahan tersebut untuk mencuci dan membuang kesan kotoran berkenaan dengan semangat dan kerajinan yang tinggi.