Antara tip yang boleh di ambil oleh pasangan berumahtangga ketika berhadapan dengan konflik rumahtangga.

.

.

  1. Warna kehidupan.

Hakikat kehidupan berumahtangga tidak sunyi dari ujian. Akan tetapi ujian dan kesusahan yang berlaku itu terselit beribu hikmah yang akan membuatkan kita tersenyum tatkala mengetahuinya.

Sebalik ujian menimpa, ingatlah bahawa setiap ujian hadirnya tidak sia-sia. Bahkan ujian itulah yang mencorakkan warna kehidupan dalam rumah tangga. Warna kehidupan boleh dicorakkan oleh pasangan dengan sikap hormat- menghormati, sering memberikan pandangan jujur dan memahami sikap antara satu sama lain.

  1. Beri maaf.

Untuk memaafkan bukanlah suatu perkara yang mudah. Apabila pasangan mengecewakan antara satu sama lain, kebanyakkannya lebih suka memendam perasaan dan hidup dalam deraian airmata. Bahkan ada juga yang membuka aib pasangan dan bercerita buruk tentang pasangan mereka. Hakikatnya bercerita kepada manusia tidak sesekali mampu menyelesaikan masalah rumah tangga. Luahkan segalanya pada Allah.Carilah ketenangan dengan mengingati Allah. Kemudian berbincang dengan baik bersama pasangan anda. Jangan kerana satu kesalahan menghapus sepuluh kebaikan pasangan anda.

  1. Melihat masalah sebagai pengalaman.

Ujian dalam rumah tangga tidak lain tidak bukan ingin menguji kesetiaan dan rasa cinta antara suami dan isteri. Seandainya lautan api sekalipun engkau sanggup renangi sebelum bernikah kenapa tidak sedikit ujian dari Dia?

Setiap masalah yang singgah memberi pengalaman baru bagi pasangan tersebut untuk menyelesaikannya. Lihatlah masalah itu sebagai pengalaman yang bakal mematangkan diri untuk menghadapi kehidupan mendatang.

  1. Sabar itu manis, pahit itu pasti berlalu.

Sabar tak semudah yang diungkap. Sabar hadir apabila kita faham kenapa kita perlu bersabar dengan situasi yang kita hadapi itu.

Sabar dalam menguruskan rumah tangga, kerana ia tidak semudah yang kita sangka. Kehidupan bujang dan kehidupan setelah berumah tangga pasti berbeza. Adanya pertambahan tanggungjawab yang pastinya buat kita tertekan dan kekok apabila berhadapan dengan situasi tersebut. Akan tetapi ingatlah bahawa rumah tangga itu amanah dari Dia.

Pasti ganjarannya syurga Allah buat mereka yang bersabar hingga ke akhirnya.

Insha Allah.

  1. Persiapkan diri anda dengan ilmu.

Ujian yang datang berbeza-beza. Ujian setelah setahun berkahwin tidak sama dengan ujian setelah 5 tahun berkahwin.

Ujian ketika mempunyai anak seorang tidak sama dengan ujian ketika sudah mempunyai 5 orang anak

Ujian bukanlah sebab terbesar berlakunya penceraian, Akan tetapi sikap pasangan ketika berhadapan dengan ujian tersebut perlu diteliti. Selamat melayari kehidupan berumah tangga, sememangnya ia indah tapi jangan sesekali kita ambil mudah. Persiapkan diri dan mintalah dariNya.